Home / Blog / CURI DAN LERAI MOTOSIKAL, SEORANG PELAJAR SEKOLAH DITAHAN

CURI DAN LERAI MOTOSIKAL, SEORANG PELAJAR SEKOLAH DITAHAN

pol_sl_curi_motor

CURI DAN LERAI MOTOSIKAL, SEORANG PELAJAR SEKOLAH DITAHAN

SEKINCHAN, 22 Oktober – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun merupakan pelajar sebuah sekolah yang dipercayai terlibat dalam jenayah curi motosikal ditahan polis di Kampung Sungai Nibong Sekinchan petang semalam.

Remaja terbabit ditahan setelah pihak polis yang melakukan serbuan berjaya menjumpai rangka dan bahagian daripada sebuah motosikal yang telah dileraikan di dalam rumah suspek.

Semakan pihak polis melalui nombor chasis dan enjin motosikal terbabit didapati ia dilaporkan hilang pada minggu lalu di kawasan Sri Muda Shah Alam. Remaja terbabit kini ditahan reman untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

About raymond

Check Also

GoPro Hero 4 Night Test