Home / News / Penggunaan kenderaan persendirian bagi tujuan mengambil penumpang berbayar

Penggunaan kenderaan persendirian bagi tujuan mengambil penumpang berbayar

spad

Kenyataan Pendirian SPAD Media Mengenai Perkhidmatan Atas Talian/ Aplikasi (Seperti Uber, GrabCar, Blacklane etc)

Penggunaan kenderaan persendirian bagi tujuan mengambil penumpang berbayar adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2
010. Secara umumnya aplikasi seperti Uber, GrabCar atau seumpamanya tidak menyalahi undang-undang.

Namun sekiranya seseorang pemandu Uber/Grabcar/seumpamanya atau pengendali perkhidmatan menggunakan kenderaan persendirian atau kenderaan yang didaftarkan bagi kegunaan sewa-dan-pandu, maka ianya salah di sisi undang-undang.

Penggunaan kenderaan limosin yang berdaftar pun akan tetap menyalahi undang-undang sekiranya ia digunakan bagi tujuan yang melanggar syarat lessen.

Mengikut pengamatan SPAD juga, telah didapati terdapat perkhidmatan yang ditempah melalui aplikasi Uber dan seumpamanya dimana pemandunya tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV). Ini adalah kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalanraya, 1987. Kenderaan persendirian yang digunakan Uber juga tidak dilindungi di bawah insurans kenderaan perniagaan dan tidak melalui ujian keselamatan Puspakom (diwajibkan dua kali setahun).

Suruhanjaya juga ingin menasihati pemandu dan mereka yang berniat menjadi pengendali Uber atau aplikasi seumpamanya bahawa mana-mana perkhidmatan kenderaan yang digunakan sebagai teksi yang mengambil bayaran daripada orang awam, wajib mematuhi undang-undang sepertimana di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010. Ini bermaksud pemandu mesti mempunyai lesen PSV dan kenderaan yang digunakan juga mesti dilesenkan oleh SPAD bersama dengan perlindungan insurans bagi penumpang yang berbayar. Sekiranya mereka gagal mematuhi keperluan-keperluan tersebut, pemandu menanggung risiko dimana kenderaannya boleh disita oleh penguatkuasa SPAD semasa operasi dijalankan. Disamping itu, mereka juga boleh dikenakan denda dan/atau hukuman penjara seperti di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010. SPAD telah pada masa ini membawa 25 kes seumpama ini ke mahkamah.

Sesiapa yang mahu memberikan perkhidmatan teksi menggunakan Uber atau aplikasi seumpamanya mesti mematuhi kesemua undang-undang di Malaysia. Sebagai agensi penguatkuasaan bagi pengangkutan awam darat Malaysia, kami mementingkan pematuhan undang-undang, peraturan dan syarat-syarat.

SPAD sedang mengambil tindakan di atas pelanggaran undang-undang berkaitan Uber, GrabCar dan perkhidmatan melalui aplikasi seumpanya.

About raymond

Check Also

Samsung Low Yat Note 4 Cheating Case

So I waited and waited to get Samsung Galaxy Note 4 to dropped its price …