Home / News / TANAH RUNTUH DI BUKIT AMAN

TANAH RUNTUH DI BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 6 Nov – Keselamatan lebih 5,000 warga PDRM akan lebih terancam sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil oleh pihak bertanggungjawab ekoran terdapat rekahan dan hakisan tanah pada struktur bangunan Menara 2, Bukit Aman Kuala Lumpur yang telah dibina pada tahun 1984 lebih-lebih lagi apabila hujan yang tidak menentu pada penghujung tahun ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, rekahan dan hakisan tanah tersebut boleh merisikokan kedudukan beberapa bangunan lain antaranya, Mess Pegawai Kanan dan Kompleks 3 Cawangan Khas.

Menurut beliau lagi, pihak Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dimaklumkan dan mereka telah memasang tembok namun, masih lagi khuatir dengan keadaan yang berlaku sekiranya tembok tersebut tidak dapat menampung hakisan tanah.

Pihak media telah dibawa melawat beberapa tempat yang terdapat hakisan dan tanah runtuh di sekitar Bukit Aman termasuk di sepanjang Jalan Kinabalu bagi melihat sendiri kejadian yang berlaku.

Beliau berharap supaya agensi-agensi yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya berhubung permasalahan itu.pdrm_1 pdrm_2 pdrm_3 pdrm_4 pdrm_5 pdrm_6 pdrm_7 pdrm_8

About raymond

Check Also

Samsung Low Yat Note 4 Cheating Case

So I waited and waited to get Samsung Galaxy Note 4 to dropped its price …